Friday, March 12, 2010

Cap Ayam

Kepincangan sesuatu institusi 'kekeluargaan' samada tempat kerja,masyarakat,persahabatan atau apa saja adalah berpunca dari TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.Ianya seperti hangat-hangat tahi ayam tetapi tahi ayam walaupun diumpamakan dalam perumpamaan itu tetap ada nilai atau fungsinya.
Tahi ayam lebih terjurus kepada sesuatu yang tidak disukai...Sebaliknya tahi ayam lebih berguna untuk kita menerusi fungsinya sebagai baja untuk sayur-sayuran yg dimakan oleh kita.
Apa yang tidak kena dengan tahi ayam..sedangkan ayam (sumber asal tahi ayam) boleh mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pedagang berasaskan ayam.
Seperti juga sikap tidak bertanggungjawab yang hangat-hangat tahi ayam...kekadang 'mereka' ini amat berguna untuk sesiapa yang bijak memanipulasi keadaan...apatah lagi untuk kita menekan sesuatu pihak yang sememangnya "Cap Ayam".
Bahaya dalam keluarga ayam adalah kerana ianya mempunyai beberapa baka yang dibiakkan....ada yang dikhaskan untuk bersabung,diperaga,dimakan serta sekadar umpan untuk menangkap sang musang berjanggut..
Ayam betina lebih riuh jika nak bertelur manakala ayam jantan lebih 'kepak' semasa berkokok tetapi hasil semua itu hanyalah sekadar 'hangat2 tahi ayam'...pendekatan yang mudah diambil adalah BeRtAnGgUnGjAwAb..samada kita mahu menjadi ayam @ maya!

Saturday, January 9, 2010

Yahudi & Punk

Pengasas muzik PUNK adalah YAHUDI,itulah hakikatnya.Muzik yang digilai ramai sejak 1990-an ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Amerika,cumanya pengaruh PUNK lambat sampai kerana himpitan dengan genre-genre muzik lain seperti heavy metal,rock dan ballard.
ZAMAN KEGEMILANGAN PUNK
Muzik PUNK adalah sejenis muzik yang bersahaja yang unik tetapi ada simfoninya ditambah dengan bunyi-bunyian yang agak bercelaru.Peralatan muzik seperti genre lain-lain,cuma berbeza pemakaian oleh pemuzik.
Diperkenalkan sejak 1976 di Amerika,Britain dan Australia.Ketika itu kebanyakan pemuzik jenis punk melakukan sendiri pembikinan album mereka bermula dari penciptaan lagu,rakaman,hinggalah kepada percetakan album.
Antara kumpulan yang dikatakan pengasa punk ialah RAMONES.Kumpulan yang berasal dari Amerika ini diasakan oleh pemain drumnya iaitu TOMMY RAMONES.Kejayaan kumpulan Ramones lebih menonjol pada eranya walau diasak hebat oleh SEX PISTOL dan THE CLASH.

Tommy Ramones (kanan sekali) dan ahli-ahli kumpulannya.
KEYAHUDIAN PUNK
Tommy Ramones adalah keturunan yahudi yang berhijrah dari Budapest,Hungary.Tommy kini aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti yahudi seperti YIVO Institute for Jewis Research di Manhattan.
Selain Tommy Ramones,antara pelopor PUNK era 1970-an yang lain ialah Lanny Kaye yang dahulunya gitaris kepada kumpulan Patti Smith Group.
Kini lagenda-lagenda punk era 70-an bukan lagi bermain muzik seperti lagenda-lagenda Malaysia,mereka bersatu dibawah YIVO Institute dan berbincang tentang hal ehwal politik dan halatuju muzik PUNK mereka.
Menurut akhbar Israel,Haaretz pada 21 Julai 2009,satu forum yang dianjur oleh YIVO telah membincangkan akan isu-isu berkaitan PUNK.Antara perbincangan yang hangat ialah berapa banyak pengaruh budaya yahudi di dalam muzik punk.

Forum itu dipengerusikan sendiri oleh Lenny Kaye,manakala ahli-ahli panelnya ialah bekas-bekas pemuzik PUNK era 1970 an seperti Tommy Ramones,Chris Stein dan Manitoba.
Selain persoalan masa depan ,forum itu juga membincangkan berkenaan artikel STEEVEN LEE BEEBER yang bertajuk "The Heebie -Jeebies at CBGB's : A Secret History of Jewish Punk".

Friday, December 25, 2009

KENAPA MELAYU SUDAH JADI KAUM MAJORITI????

copy paste: abe mie

KENAPA MELAYU SUDAH JADI KAUM MAJORITI ???

Satu ungkapan yang tidak masuk akal dan tak logik (jika diperkatakan pada tahun 1990-an) tetapi sekarang itulah kenyataan.

Memang sudah menjadi realiti dan tiada siapa yang boleh menyangkalnya. Pertubuhan Guaman Malaysia telah membangkitkan isu 'KETUANAN MELAYU' yang pada mulanya seperti mahu dan ingin menyimbah minyak di kala api orang melayu ketika ini panas.

Apa tidaknya, masalah di Perak di mana orang Melayu tidak diberi tanah walaupun sudah mendiami tanah berkenaan sehingga bercucu-cicit tetapi di beri kepada kaum Cina senang-senang pula. Itulah cara MELAYU BODOH (MB)-MB Perak.

Banyak lagi pasal Melayu tak puas hati di negara sendiri. Kata Pertubuhan berkenaan, Melayu sepatut dan seharusnya mendomonasi dan tidak menjadi 'kuli' atau 'pekerja' kepada bangsa asing. Kenapa boleh jadi tunggang-langgang kini? melayu sebagai peminta sedekah kepada bangsa asing? Gila dibuatnya.

Itu belum ambil kira dalam situasi sekarang di mana harga minyak naik, harga barang makanan meningkat, harga susu bayi hendak tumpang sekaki dengan kenaikan harga minyak, gula, minyak, tepung, teh, kopi, susu,...semuanya naik. Berbalik kepada ketuanan melayu. Ada 'bangsat' (tak layak digelar bangsa) Melayu yang sanggup memperbodohkan, mengejek, menjelek, mengencing, memberak dan menjuburi bangsa sendiri.

Mereka tidak segan untuk memperendahkan apa yang selama ini dipersetujui dan diperjuangkan lebih 50 tahun oleh datuk nenek kita.....iaitu 'ketuanan melayu'-iaitu orang melayu memberi keistimewaan kepada Cina dan India (dan kini merangkumi Indo, bangla, pakistan, myanmar dan Filipina) supaya hidup bersama-sama dan berkongsi dengan orang Melayu. Mereka akan memperolehi kerakyatan dan bebes dalam bidang ekonomi. Mereka tidak dibezakan walaupun seinci dari apa yang orang Melayu perolehi di bumi Malaysia.

Di Indonesia, sehingga kini cina tidak pernah menjadikan bangsa melayu-indo sebagai bangsa yang boleh dibuntuti atau ditendang. Myanmar juga sama. Mereka membenarkan bangsa asing berniaga dan tinggal di negara mereka. Apabila sudah lama tinggal mereka tidak dibenarkan memiliki tanah, menguasai sistam ekonomi jauh sekali politik Myanmar. Pusing semula pasal negara jiran terdekat.

Kita tidak pernah dengar pasal 'ketuanan Indo' tercabar??? Kenapa? walaupun 90 peratus Cina menguasai ekonomi Indonesia, tiada kedengaran pasal ketuanan rakyat walaupun negara mereka adalah REPUBLIK di mana Presiden menjadi tonggak ketuanan dan keutuhan bangsa bukannya Raja, Agung atau Sultan? Sebabnya, ada agen-agen bayangan yahudi dan 'penjilat buntut' dari kalangan orang Melayu yang tidak mahu melihat Melayu menjadi tuan dan dihormati oleh orang Cina dan India.

Yahudi ini mahu orang melayu sebaris dengan bangsa PATI- indo, vietnam, kambodia atau myammar. Puncanya untuk meraih undi sahaja. Apabila ketuanan rakyat akan menjadi realiti nanti dan 'dia' akan memasang angan-angan mat jenin- nak jadi PM.

Tetapi tali barut dan barua yahudi ini tidak faham. Bangsa Yahudi sejati tidak pernah menghina, menjatuhkan maruah dan mengutuk apatah lagi memperkecilkan bangsa yahudi, zionis atau majoriti keturunan nabi musa. Yahudi begitu teruja dilahirkan sebagai 'KETUANAN NABI' yang merupakan bangsa yang mulia dan teragung berbanding dengan bangsa lain di dunia walaupun mereka menzalimi Palestin. Amerika sendiri mengakui Yahudi sebagai pendokong kepada negara mereka walaupun mereka adalah bangsa minoriti. Kembali kepada bangsa Melayu. Kenapa Melayu perlu meminta dan menadah tangan supaya diberikan subsidi, dibantu, diberi keistimewaan dan sebagainya walhal ini adalah negara MELAYU? Adakah Melayu sudah menjadi bangsa Palestin? Dihalau dari negeri sendiri. Dihina dan dizalimi oleh bangsa pendatang!!!

Kita kini melihat bagaimana pasca kejatuhan BN yang diterajui UMNO sebagai parti melayu dan islam (sederhana).

Kurang ajar, gila kuasa dan 'sedikit candu gila babi' yang ada pada bangsa bukan melayu menyebabkan Melayu layak digelar bangsa pengikut, bangsa penakut, bangsa boleh dipermainkan, bangsa pecah-belah dan bangsa boleh dipijak.

Kalau dulu adalah mustahil mengatakan bahawa Melayu akan menjadi pemimpin dan mendominasi politik, kini melayu menagih kuasa dari bangsa bukan Melayu.

Lihat sahaja di Perak dan Selangor. MB dari kalangan Islam PAS. Apa mereka mampu lakukan untuk orang Melayu? Kalau untuk orang Cina mereka cepat membantu dan untuk India mereka terus memberi kebenaran tanpa melihat kesan kepada sesuatu kaum lain. Orang Melayu hanya menatap dan menagih bantuan dari UMNO yang kini menghidapi penyakit kurap, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan serangan angin akhmar. India memperjuangkan nasib kaumnya. Parti politik India- MIC, PPP, Gerakan, IPF, Hindraf, DAP, PAS dan PKR. Mereka sedikit tetapi menuntut sedikit-sedikit dari kaum majoriti dan pemimpinnya adalah orang Melayu. Pembodek sifatnya menjadikan India mendapat suasa dan kelebihan berbanding daripada orang Melayu.

Di samping itu, India kini memperkembangkan 'dakwah' hindunya dengan mendirikan kuil dan rumah ibadah walaupun penduduk sekitar 30-40 orang sahaja. Kuilnya bukan untuk dilihat oleh penganut Hindu tetapi ia seolah-olah perlu dijadikan 'iklan' dan kekaguman mereka seolah-olah Hindu telah mengalami zaman kebangkitan di Malaysia. Mana perginya PAS? Berapa orang kelab penyokong PAS peluk Islam? Mana dakwah selama ini dikejar dan diwar-warkan? Mana-mana-mana-mana... Mana Umar Abdul Aziz? Lim Guang Eng lah orangnya... kenapa Khalifah islam ke-5 ini menentang HUDUD PAS? Kenapa tidak diiktiharkan 'perang jihad' menentang kafir yang menolak hukum Islam? Kenapa tidak direjam dan dihumban ke lubang najis babi Guang Eng kerana menentang hudud?

Sampai bila PAS boleh bermain wayang kulit dan mak yung apabila DAP dan PKR menolah Islam PAS. Setakat drama Haji Hadi berpeluk dan bercium kecil dengan Lim Kit Siang satu ketika dahulu bukan bermakna DAP telah memberi lampu hijau kepada PAS tentang negara Islam. Mampu atau tidak Islam dilaksanakan di Perak? jauh api dari panggang dan ibarat pungguk rindukan bulan. Cis, macam Karam Singh Walia pula. Di KEdah, mana Islam? Mana hudud? MB yang tua tidak mampu membawa apa-apa pembangunan, peluang pekerjaan ataupun mengajak pelabur asing menghidangkan sajian menu kerja di Kedah. Kenapa? BN salah lagi ke? Apa yang salah? Kalau hendak menebang hutan, bukan main cepat hendak kaut untung balak untuk 'bantu' kedah. Di Kelantan, ketuanan Melayu memang hebat. Orang Melayu di Kelantan dimomok dan dikambing oleh PAS. Mereka berjaya menyemai slogan- menentang kata-kata PAS bererti menetang 'ularMAK'. Menentang ulama bererti menentang Allah. Tidak melantik Nik Aziz sebagai MB bererti menjatuhkan Islam dan menentang khalifah Allah.

Bila bercakap tentang kebebasan dan demokrasi, PAS kata BN tak demokrasi. Tetapi apabila berlawan dalam politik, Allah dijadikan PAK PANDIR PAS. PAS membawa slogan- Islam, tapi tidak kepada ketuanan melayu (takut digelar sama dengan UMNO pula). Siapa yang akan memeluk Islam dan menegak Islam di Malaysia kalau tidak bangsadan orang Melayu? Takkan hendak harap keturunan dan keluarga Lim Guan Eng? Bila Karpal Singh kata-langkah mayat saya dahulu kalau hendak menegakkan negara Islam, PAS tak berkata apa-apa dan kelu dibuatnya. Lidahnya pendek menjadi seinci, mulut terkunci, badan terkulai layu dan telinga setebal kapal selam. Cis macam sasterawan pula. Ketuanan Melayu tidak akan berakhir di sini. Biarpun Melayu membenci Melayu kerana selisih faham politik, kita jangan ke tahap mengiakan babi sebagai makanan pula walaupun kita tidak memakannya.

Walaupun UMNO buruk dan jahat, kena ingat, semua orang dan pemimpin teragung PAS dan KEADILAN... pergilah lihat kemajuan di Kelantan. Adakah orang Selangor, Kedah dan Perak boleh membeli tanah di Kelantan walaupun beragama Islam? Adakah itu keadilan mengikut Islam?

Monday, August 24, 2009

Siapa Berani Parking Sebelah???




Siapa agaknya yang mampu memilikinya di Malaysia? Terfikir juga seketika tentang kegilaan insan-insan yang kaya raya mengenai minat dan sifat suka menunjuk-nunjuk. Namun,sudah tertulis rezekinya melimpah luah kurniaan dari Allah s.w.t

Sebenarnya aku pun baru sahaja mengecat kereta wira kepunyaanku tetapi memadailah dengan budget yang ciput hehehe.

Agak-agaknya owner kereta merz ni cuci kereta berapa kali seminggu? Setiap kali pergi shopping mall,mesti orang lain takut nak parking dekat. Takut tercalar ataupun segan nak damping dengan golongan elit.

Bermula dengan minat maka tercetuslah langkah-langkah untuk memilikinya iaitu berUSAHA. Antara langkah-langkah itu termasuklah perbuatan halal haram tetapi hanya akal waras beriman dapat menangkis segala godaan.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa Untuk Semua



Selamat berpuasa aku ucapkan untuk semua umat islam.Semoga kehadiran Ramadhan Al Mubarakh kali ini lebih menginsafkan dan menguatkan lagi keimanan kita.Seminggu sebelum puasa,arwah datuk telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah terlantar sakit tua selama 5 tahun.Ini bermakna telah dua kali ramadhan aku melaluinya tanpa ahli keluarga iaitu pada 1992 arwah ayah ( AHMAD B KAMIS ) arwah datuk ( HJ AHMAD B HASSAN )2009.

Monday, July 13, 2009

Dr. Ismail Al-Faruqi : Mangsa Konspirasi Dajjal

oleh Ibnuyaacob

Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.



Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Penubuhan IIIT di Malaysia telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semua latar belakangnya boleh dilihat dalam wikipedia.org

Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial

Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya sememangnya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam dunia ilmu sains sosial berjalan lancar.

Apa yang dibongkarkan beliau ?

Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal, dan beliau bukanlah pengkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.

Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.

Dr. Ismail al-Faruqi menjelaskan bahawa,

“Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad.”

Beliau menegaskan lagi seterusnya,

“Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu.”

Pendedahan Dr. Ismail:

Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.
Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial

Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.

Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.

Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.

Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan univerisit barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.

Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi

Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.

Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.

Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama “PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).

Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Komplot Pembunuhan Dr. Ismail

Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.

Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.

Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau.

Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.

Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya “…seorang profesor Palestin harus disingkirkan..”

Sebelum kematian Dr. Ismail al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Committee juga disyaki telah dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.

Kesimpulan

Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.

Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.

Thursday, June 25, 2009

Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel

oleh Ibnuyaacob
Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan.
Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang, Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda (menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia.

Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa
Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl (Gambar). Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.

Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ?
Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse.
Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah.
(Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris)

Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi.
Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan
“Death to the Jews!, death to the Jews!“.
Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.

Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin.

Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist.

Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.
Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik.

Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan
“Jika kamu semua berkehendak, maka ia bukan lagi fantasi.”


(Gambar atas) Herzl berucap dalam Kongres ke-2 Zionis di Bassel.

Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?

Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers.

Herzl Diherdik Khalifah

Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnya Nabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam.


Sultan Abdul Hamed iv ketika berusia 30 an

Sultan Abdul Hamed iv ketika berusia 60 an

Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut;
“Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.”

Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel.
Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah.
Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai
. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaitu Uganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel.
Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub.
Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam di Edlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun.
Taktik Akhir Dajjal Mendapatkan Palestin
Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920
Ketika menjadi kapten dalam Perang Gallipoli 1915.
Namun negara Yahudi tidak dapat ditubuhkan lagi atas sebab-sebab tertentu.
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed IV meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Attartuk pada 1922.