Friday, March 13, 2009

Amalan Pengkebumian Mayat Masyarakat Yahudi


Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perkara yang telah pun diatur dalam sesuatu agama berdasarkan orang-orang terdahulu khususnya masyarakat Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu.

Manakala masyarakat Yahudi pula adalah antara golongan yang paling hampir kaedah pengkebumiannya dengan masyarakat Islam. Ini kerana, kelompok ini adalah saki-baki pengikut agama Nabi Ibrahim hinggalah kepada Nabi Musa walaupun terdapat beberapa penyelewengan fakta kitab Taurat.

Di dalam bahasa Hebrew, amalan pengkebumian disebut sebagai “kevura”.

Kumpulan Pengurus Jenazah Masyarakat Yahudi

Setiap penganut agama Judais yang mati akan diuruskan oleh suatu kumpulan yang digelar Chevra Kadisha. Kumpulan ini bertanggungjawab mengurus segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan mayat seperti pembelian kain kafan, tempat letak mayat, keranda, penyediaan ruang kubur, pemandian mayat, pengkafanan dan sebagainya.

Di dalam masyarakat Islam di Malaysia, peranan Chevra Kadisha adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Khairat Kematian yang biasa terdapat di semua kampung dan daerah. Seperti mana juga di Malaysia, ahli-ahli yang menganggotai pasukan Chevra Kadisha adalah ahli-ahli sukarela dan mereka terdiri dikalangan rabbi-rabbi dan orang-orang tua.
Di Israel, setiap ketua keluarga biasanya akan memberikan bayaran yuran khairat kematian kepada wakil-wakil Chevra Kadisha di tempat masing-masing. Bayaran yuran dikenakan pada kadar tertentu secara tahunan.
Bayaran-bayaran ini adalah bayaran untuk menguruskan semua bahan-bahan berkaitan upacara pengkebumian si mayat. Sekiranya ahli-ahli keluarga tersebut tidak menjadi ahli atau tidak membayar yuran, mana-mana anggota keluarga lelaki hendaklah mencari sendiri penggali kubur jika ada ahli keluarganya yang mati.
Selain itu, Chevra Kadisha juga berperanan menguruskan majlis makan untuk tetamu bagi ahli keluarga yang mati.
(Gambar) Ketua Rabbi suku Sephardi, Shlomo Amar (berjubah, duduk) menziarahi mayat seorang penduduk Israel.

Kaedah Pengkebumian Mayat Menurut Agama Judais

Upacara pengkebumian mayat masyarakat Yahudi amat berbeza dengan masyarakat kristian. Mereka amat mementingkan sebarang amalan yang dituntut di dalam Taurat dan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh Avraham (Nabi Ibrahim) dan Yaakov (Nabi Yaakob).

Berikut ialah peringkat-peringkat pengkebumian masyarakat Yahudi;

PERINGKAT 1 : Rechitvah dan Taharah (Memandi dan Mewangikan)

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Rabbi dari Chevra Kadisha ialah membersihkan seluruh anggota mayat dengan memandikannya. Proses memandikan mayat ini dipanggil Rechitvah. Mayat lelaki akan dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan dimandikan oleh orang perempuan.
Mayat akan diletak secara terlentang dan air biasa akan dijirus bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Sebelum memandikannya, semua barang-barang kemas akan ditanggalkan.
(Gambar) Suatu program mengajar cara-cara rechitvah dan taharah untuk orang-orang Yahudi di New Jersey oleh Persatuan Penduduk Yahudi New Jersey.

Selepas mandi dan dikeringkan badan mayat, proses seterusnya ialah Taharah (mewangikan mayat). Semasa proses ini, rabbi akan meletakkan badan mayat dengan wangi-wangian agar bau badan mayat tidak menganggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

PERINGKAT 2 : Halbashah (Mengkafan)

Selepas dimandi dan diwangikan, mayat akan dikafankan dengan menggunakan baju khas berwarna putih yang dipanggil Tachrichim berserta sehelai selendang bernama tallit. Tallit adalah sejenis selendang yang berwarna putih seakan-akan kain tuala kecil yang panjang. Selepas proses halbashah, mayat akan diletakkan terus di dalam keranda.

(Gambar) Kawasan perkuburan Yahudi di Jalan Yahudi, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini agak terselindung dan dikelilingi tembok konkrit setinggi 6 kaki.

PERINGKAT 3 : Kevura (Pengkebumian)

Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, ianya akan dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan. Di Israel, tanah-tanah perkuburan kebanyakan tidak dibina berdekatan synagogue (kuil Yahudi).
Biasanya individu yang hadir semasa pengkebumian adalah ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali si mati. Mereka tidak sama-sama meletakkan keranda di dalam lubang kubur kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Selepas pengkebumian, batu nisan atau di dalam bahasa Hebrew dipanggil Matzevah akan diletakkan di atas tempat yang ditanam. Urusan meletakkan Matzevah juga dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Terdapat juga suatu golongan lain di Israel yang lebih ekstrem apabila menanam mayat, mereka akan menanamnya secara berdiri. Mayat ditanam dengan cara ini sebagai melambangkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada Tuhan walaupun sudah mati.

Amalan Berkabung Dalam Agama Judais

Selepas selesai proses Kevura, setiap ahli keluarga diharuskan melakukan amalan Keriah atau berkabung. Proses ini penting kepada setiap ahli keluarga agar mereka sentiasa mengingati roh si mati dan segala kebaikannya sepanjang ia hidup.

Ahli keluarga yang terlibat dengan Keriah dipanggil Onen, maksudnya orang yang berkabung.
Dalam agama Judais, amalan berkabung mesti dilakukan selama 12 bulan bermula pada hari pertama individu tersebut meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga yang terlibat dengan tempoh ini biasanya yang tinggal serumah dengan si mati atau saudara-mara berdekatan.

Selepas mayat dikebumikan, para Onen tidak dibenarkan mandi selama seminggu, tidak boleh memakai barang-barang kulit atau bercukur. Ianya dikira menghina tempoh perkabungan.

Berikut ialah peringkat-peringkat berkabung dalam agama Judais:

Shiva (Hari ke-7 ) - Pada peringkat ini, ahli keluarga tidak dibenarkan keluar bersiar-siar, mereka hendaklah menghabiskan masa dan berkumpul di rumah untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan bercukur dalam tempoh.
Selain itu, ahli-ahli keluarga (onen) juga tidak boleh menghadiri sebarang upacara perkahwinan, menonton wayang, mendengar lagu-lagu hiburan dan menghadiri konsert muzik.
Shloshim ( Hari ke-30) - Dalam tempoh ini, ahli-ahli keluarga si mati tidak dibenarkan berkahwin, bercukur dan memotong rambut.
Shneim Asar Chodesh (Bulan ke-12 ) - selepas tempoh ini barulah para Onen dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa.

Bagi sesetengah golongan Yahudi berfahaman Zionis, mereka hanya berkabung selama 3 hari atau mungkin sehari sahaja mengikut keselesaan masing-masing.

Tempoh Pengkebumian Mayat

Mengikut para rabbi, setiap orang Yahudi yang mati hendaklah mayatnya ditanam pada hari yang sama juga mengikut kemampuan. Sekiranya ia mati pada pagi Isnin maka mayatnya hendaklah ditanam sebelum tenggelamnya matahari.

Para rabbi percaya, melengah-lengahkan pengkebumian mayat bermaksud menghina takdir Tuhan dan tidak redha akan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan Israel.

Amalan Yahudi Ketika Mendengar Berita Kematian

Bagi orang Islam, apabila terdengar kematian, kita digalakkan untuk menyebut suatu doa yang berbunyi “innalillahi wainna ilaihi raaji’uun….”. Kalimah ini biasa kita sebut dan amat sinonim dengan kematian walaupun ianya boleh dibaca untuk tujuan-tujuan lain.
Memandangkan kalimah ini sering disebut ketika mendengar berita kematian maka kebanyakan orang Melayu akan berasa janggal jika menyebut kalimah ini untuk tujuan-tujun lain.
Bagi masyarakat Yahudi pula, jika terdengar kematian yang berlaku ke atas orang-orang Yahudi seperti mereka, mereka akan menyebut “Baruch dayan emet”.

Pantang Larang Dan Kepercayaan Dalam Amalan Pengkebumian Yahudi

Berikut ialah pantang-larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh para penganut agama Judais:

- Tidak dibenarkan membawa bunga ke tanah perkuburan kerana menganggap ianya membazir.
- Tidak dibolehkan mengawet mayat.
- Mesti menanam mayat pada hari yang sama atau secepat yang boleh.
- Keranda hendaklah dibuat dari kayu bukannya kepingan logam atau plastik.
- Di dalam keranda tidak dibenarkan meletakkan sebarang barang-barang kesayangan si mati. Menurut kepercayaan rabbi Yahudi, manusia lahir ke dunia tanpa apa-apa dan mereka perlu kembali ke tuhan tanpa apa-apa.
- Berhenti 7 kali semasa keranda dibawa ke kawasan perkuburan. Setiap kali berhenti, ayat dari Kitab Taurat perlu dibaca. Biasanya mereka membaca Surah Psalm (ayat ke-91).
- Setiap ahli-ahli berkabung (Onen) diharuskan memakai tanda khusus pada baju sebagai tanda berkabung atau kesedihan kematian seseorang. Tanda itu biasanya berupa pin baju.
- Setiap Onen juga diharuskan meratapi kematian si mati sebagai tanda kasih sayang akan kehilangan si mati.
(Gambar) Rasulullah SAW melarang meratapi kematian secara berlebih-lebihan kerana ia menyerupai amalan agama Yahudi.

Kesimpulan

Jika dilihat pada tatacara amalan pengkebumian mayat, terdapat beberapa bahagian yang kelihatan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam. Ini bukanlah bermakna kita umat Islam telah meniru amalan Yahudi, ini bermaksud kaum Bani Israel lebih dahulu melakukan hal-hal demikian sebagai mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.

Hal ini telah dinyatakan Allah di dalam surah an-Nal (ayat 123) yang bermaksud;
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”
Namun begitu, amalan-amalan di atas kebanyakannya hanya diamalkan oleh penganut-penganut Judais di Israel khususnya golongan orthodoks. Manakala sebahagian besar orang Yahudi berfahaman sekular di Israel lebih gemar menyerahkan urusan berikut kepada Syarikat Persendirian yang menguruskan mayat. Ada juga yang lebih suka membakar mayat dan menanam abu sahaja.
Atas perubahan ini maka berlakulah percanggahan amalan dalam masyarakat Yahudi sehingga golongan Orthodoks terpaksa pula membuat fatwa sendiri bagi menjaga masyarakat mereka.

P/S : Artikel ini dibina untuk sahabat-sahabat yang mengajar kitab Fekah berkaitan hal ehwal fardhu kifayah di surau-surau dan masjid-masjid. Mudah-mudahan maklumat ini dapat digunakan untuk menjelaskan hukum-hukum yang dikuliahkan terutamanya bagi membezakan amalan mengurus jenazah antara Islam dan Bani Israel.

Diharap maklumat ini juga dapat membantu menjawab soalan-soalan ‘remeh’ yang selalu ditanyakan pendengar-pendengar kuliah.

Thursday, March 12, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

(dipetik dari Utusan Malaysia, 14 Jan 2009)

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua:
Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);
David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya:
Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

MURTAD, HINDU-KRISTIAN BERSATU

(emel dari pembaca blog. renungilah)

Jaga anak2 kita dan sedara mara kita...

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yangsaya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap.Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23:"Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu?Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu.Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi.Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan.. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut.Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof.Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belumcukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur18 tahun.Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan.Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga diDataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali..
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung.Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi,tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi."Mengapa begitu ya Rasullullah?"Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya).Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an.Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakatMelayu seluruhnya.Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.."Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti,orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian.
Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.
Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, denganhati.Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.
Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Apa yang kamu ketahui mengenai Dajjal ?

Oleh : Agos tumpoi@yahoo.com
Marilah kita memeriksa kebenaran Hadith dari Ahlus Sunnah yang telah diberitakan oleh Nabi S.A.W kita bahawa Dajjal akan muncul :

Nabi kita S.A.W telah memberitahu kita dalam Hadith bahawa Allah akan menjamin kemenangan kepada umat Islam semasa berperang dengan Dajjal dan umat Islam akan membunuhnya dan ‘shiah’ (pengikut)nya ; Apabila pengikut Dajjal bersembunyi disebalik pokok atau batu, pokok-pokok dan batu-batu berkenaan akan berkata kepada orang Islam : ” Di belakang aku ini ada Yahudi,, datanglah dan bunuhlah dia. ( Riwayat Imam Ahmad dalam al-Musnad)
Hadis ini menggunakan perkataan shiah bagi menjelaskan pengikut kepada Dajjal.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai (jubah) al-Tayalisah (Persian shawls - jubah orang-orang Parsi (Syiah hari ini) yang tidak berjahit), .” [ rujuk Sahih Muslim]

Tanpa kita sedari bandar Isfahan yang merupakan bandar Yahudi di Iran ini merupakan pusat kepada aktiviti nuclear bagi negara Iran hari ini dan juga merupakan pusat penyelidikan senjata berbahaya Iran itu yang menurut keyakinan Israel sendiri, Iran bakal berjaya menyiapkannya aktiviti nuklearnya tanpa masalah yang besar. Ini membuktikan tentera Dajjal sedang dipersiapkan oleh orang-orang Parsi yang merupakan bakal pengikut Dajjal bagi menyambut kemunculan Dajjal nanti. Cubalah fahami pekerjaan Dajjal ini berdasarkan keterangan hadis-hadis Syiah yang saya lampirkan pada penghujung artikel ini. Selamat mengkaji dan mempelajari pekerjaan Bani Israel bersama saudara-saudara mereka dari keturunan Bani Ishak bin Ibrahim a.s, orang-orang Parsi Syiah di Iran.

MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL

Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Bukti-bukti berikut telah mebuktikan bahawa orang yang akan mengisi jawatan Imam ke-12 tidak lain melainkan Dajjal, berdasarkan keterangan agama Syiah sendiri (hadis-hadis dan karya-karya Syiah yang dikaitkan sebagai kata-kata para imam a.s mereka). Ahli Sunnah harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan menyimpan dalam minda mereka bahawa Shiah adalah pengikut dan tentera Dajjal yang bakal muncul nanti.
Perlulah diingati Mahdi yang diyakini oleh Ahli Sunnah wa Jama’ah berdasarkan keterangan hadis-hadis yang sahih adalah seseorang yang berbeza dengan apa yang diyakini oleh Syiah baik dari segi aqidah, keturunan, amalan, ajaran dan pekerjaan serta peranan setelah memimpin umat islam ini nanti. Silalah mendapatkan mengenainya secara terperinci berdasarkan nas yang sahih.

CIRI-CIRI MAHDI SYIAH (DAJJAL) :

a. Undang-Undang Yahudi (keluarga Daud)

Al-Qaim atau Imam Mahdi Shiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam al-Kafi(Jil.1, m.s.387-398):

Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari - bapanya - dari ibn Abi Umair - dari Mansur - dari Fadhl al-Aour - dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang -undang Daud dan Sulaiman.”

Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang-undang keluarga Daud’”

Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’”

Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.”

Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-undang Daud.’”

Bahasa HebrewLebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) :

Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-Hasan at-Taymali melaporkan kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.” [Al-Ghaybah an Nu'mani, p.326]

Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi:

Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi .. manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).” [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]
Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :

Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.” [al-Kafi, Hadith 635, Ch. 40, h 1]

KESIMPULAN RIWAYAT DARI KITAB-KITAB SYIAH DIATAS :

Semua kepercayaan ini membawa kita mempercayai bahawa Imam Shiah yang ke-12 sebenarnya ialah Dajjal Yahudi, yang telah diperingatkan oleh Baginda S.A.W, orang yang akan memperdaya ramai manusia dan mencipta pelbagai kerosakan dimuka bumi. Inilah orang yang ditunggu-tunggu oleh Shiah. Merujuk kepada bukti-bukti, ini ialah apa yang kita ketahui mengenai al-Qaim mereka :

1. Dia akan memerintah menurut sistem undang-undang keluarga Daud, menggunakan Talmud.
2. Dia menggunakan bahasa Hebrew.
3. Pengikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi dan pemuka agama Yahudi, kerana dia adalah Raja kepada bangsa Yahudi.
4. Semasa bersembunyi Imam mempelajari Talmud yang mana merupakan kandungan “al-Jafr.”

MESSIAH YAHUDI - MAHDI SYIAH

Cuba kita renungkan persamaan antara Mahdi Syiah dan Dajjal Messiah Yahudi yang diceritakan oleh agamawan Yahudi :

Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;
“King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written,
The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)

Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya.
Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih - Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.
Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg, Judaism, m.s : 215 - 218 ]

Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional : Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s 117.]

Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [ Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].
Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.
Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258]

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH MAHDI SYIAH - DAJJAL SETELAH KEMUNCULANNYA.

Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah - Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah :

a. Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ?
Aqidah sesat Syiah. Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah. Rasulullah s.a.w akan menjadi muridnya. [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213 ]

b. Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal.

Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara’ dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, ” Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami “. ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).

c. Imam Mahdi Kejam dan Ganas.

Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.
Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi.(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).
Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian” [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].
Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”. [ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318 ]
Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333 ].
Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya. [ al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]
Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” . [ Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
Sayid Sadr menyatakan, “sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”….. [Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]

d. Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.

Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebut bahawa, “Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).
Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]

e. Membongkar semula kubur para sahabat nabi.

Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman. [ Lihat, Ni'matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu'maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s : 242 ].
Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w. [ Anwar al-Nu'maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-Qulub, jil.2, m.s 611]
al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].

f. Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam.

Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”. [al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354 ].
Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”. [ Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397]

KESIMPULAN

Akhirkata, sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakang hubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taleban Afghanistan dan Iraq. Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) - Tayalisah”.

Wednesday, March 11, 2009

Mengapa WANITA sangat Isti mewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah.....
"Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...
leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..
rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..
terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..
takut habis pulak nanti malam anak nak susu...
memang dah kering pun flusk ni, jerang la air....
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....
salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..
nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....
pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...
sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...
nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...
towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....
alamak..telupa pulak masukkan botol....basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...
emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...
salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..
leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...
hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...
rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok,
catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa...
"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap...
"masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...
adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...
nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...
huhuhuhu...bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..
check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la,
napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..
ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...
kemaskan baju gantung2...
masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...
owh...pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...
check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni,
senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...
sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...
adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm,
tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...
nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...
kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...
gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...
mana pulak lotion sapu kurus aku nih....ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,
setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...
papa pun bangun tutup tv...
"...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."
...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?
...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....
HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Tuesday, March 10, 2009

Majlis Ulama Yahudi Antarabangsa

Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.


Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.


Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion.


Jawatan Rishon L’Tzion


Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.


Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.


Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.


Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.


Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calon Rishon L’Tzion.


- Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
- Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
- Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
- Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
- Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
- Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)


Perpecahan Suku Di Dalam CR C


Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangat asabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.


Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.
Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialah Rabbi Shlomo Amar.


(Gambar) Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger

Kontroversi Rabbi Yona Metzger

Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.
Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.

Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz.

Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks

Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).
Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.

Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.
Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.

Peranan Lain Chief Rabbinate Council

Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;

- Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
- Membincangkan undang-undang agama
- Mengawal pentadbiran kuil-kuil
- Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
- Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
- Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
- lain-lain yang berkaitan agama Judais.





(Gambar) Di antara tempat ibadat terkenal Yahudi ialah Kottel. Di sini pengunjung beragama Judais akan bersembahyang dan memohon hajat sambil memegang tembok.

Sunday, March 8, 2009

200 Blogger Yahudi Berhimpun

Akhbar Israel baru-baru ini melaporkan lebih dari 200 blogger Yahudi telah menghadiri suatu persidangan di Jerusalem, Israel pada 9hb September lepas. Majoriti kehadiran ke persidangan dihadiri oleh imigran-imigran “Aliyah” dari Amerika Utara dan selebihnya adalah penduduk asal Israel sendiri.

(Imigran Aliyah עלייה = orang Yahudi dari negara lain yang berpindah ke Israel dengan tujuan menjadi warganegara tetap Israel.)

Persidangan tersebut merupakan pertama kali diadakan dimana ia melibatkan pelbagai acara termasuklah forum terbuka untuk blogger meluahkan pandangan.

Suatu perkara yang menarik untuk diteliti ialah agenda forum terbuka tersebut. Agenda forum yang dibawa oleh penganjur ialah “Membincangkan persoalan bagaimana membawa Jewish Blogger kepada suatu level lain.”

Maksudnya ; Pihak penganjur dilihat cuba untuk membawa semua Jewish Blogger berbincang untuk menetapkan misi dan visi bagi setiap intipati blog mereka.

Namun ada beberapa kekhilafan dalam laporan akhbar Israel itu. Akhbar melaporkan persidangan itu adalah persidangan pertama. Tetapi kata-kata pengerusi forum pada persidangan itu memperlihatkan seolah-olah beberapa perjumpaan tertutup (tanpa pengetahuan media) telah diadakan.

Miriam Woelke mengatakan, “Everybody knew already how to get traffic, so there was nothing new,”.

Miriam adalah penerbit bagi beberapa blog yang mengisarkan berkaitan komuniti Yahudi Orthodoks dan Yahudi Ultra-Orthodox di Israel
Yahudi orthodoks

Tidak dapat dikenalpasti apakah matlamat tersembunyi di sebalik perjumpaan pertama itu (tidak semua dilaporkan oleh pemberita). Perjumpaan itu sepatutnya boleh berlaku sejak dahulu lagi kerana dunia komputer sememangnya dikuasai Yahudi.

Bagi penulis, persidangan ini amat penting bagi pihak Israel, jika tidak masakan ianya dihadiri oleh seorang VIP yang amat berpengaruh. VIP tersebut ialah Benjamin Netanyahu iaitu bekas Presiden Israel yang ke-9. Beliau menjadi presiden antara tahun 1996 hingga 1999.

Selain itu, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Israel juga menghadiri perjumpaan tersebut dan melakukan suatu perbentangan kertas kerja.

Walaupun kehadiran sekadar 200 orang lebih sahaja, tetapi menurut laporan persidangan itu disaksikan secara live melalui internet web TV oleh lebih 1300 orang blogger Yahudi.

Associated Press melaporkan persidangan ini dianjurkan oleh kumpulan Yahudi yang pro-imigran yang dikenali sebagai Nefesh B’Nefesh. Dan individu yang memberikan ucapan iaitu Benyamin Netanyahu juga seorang Imigran Aliyah yang berasal dari Amerika Syarikat.
(Gambar) Benyamin Netanyahu, bekas Perdana Menteri Israel

Dalam ucapannya, Netanyahu memberi idea tentang penjenamaan semula Israel ke arah yang lebih terbaik (rebranding in mission).

Bagi menyambut idea itu, Danny Oberman dari kumpulan Nefesh B’Nefesh telah mengumumkan pelancaran projek Web 2.0. Dimana melalui Web 2.0 ini bolgger dapat berbincang dan bersoal jawab secara terbuka berkenaan cara meningkatkan imigrasi (aliyah) ke Israel.

Benji Lovitt, 33 tahun menyatakan tentang blognya, “My approach is to try to show that Israel is more than you see on CNN. It’s actually not the scary, depressing place you think it might be but it’s a place of vibrancy and fun and blogging is a way to spread the word about that.”
Ulasan :

Dalam kesibukan masyarakat berlumba-lumba membuat blog, dalam diam-diam ternyata suatu kelompok lain telah berfikir melebih jangkauan kegunaan blog pada masa depan. Nampaknya kumpula Nefesh B’Nefesh ini berkemungkinan adalah kelompok pencetus kepada perang saraf dunia blog pada masa depan.

Walaupun misinya untuk mencapai kata sepakat membincangkan idea untuk membantu penghijrahan Yahudi luar ke dalam Israel, tetapi sudah pasti suatu misi tersembunyi yang lebih global bersedia untuk timbul pada masa yang telah ditetapkan.


Iron Maiden Dan Entiti Keyahudian

Pergolakan yang berlaku antara Hizbullah dan Israel pada April 2006 dahulu telah mengejutkan ramai pihak. Keadaan menjadi huru-hara di Lubnan terutamanya kawasan pentadbiran parti Hizbullah. Dalam drama peperangan itu pihak Israel telah mengalami kekalahan teruk dan amat memalukan sebagai negara yang mempunyai senjata tercanggih di dunia. Askar Israel dikalahkan hanya dengan AK-47 milik pejuang Hizbullah. Namun dalam kesibukan peperangan yang brlangsung dari 12 Julai hingga 14 Ogos 2006 itu, terdapat sesuatu yang mencurigakan dan memeranjatkan. Iaitu berkenaan dengan seorang juruterbang yang terlibat dalam operasi pemindahan rakyat Britain dari Lubnan ketika perang.


(Gambar) Vokalis utama Iron Maiden, Bruce Dickinson

Juruterbang itu dikenalpasti sebagai bekas penyanyi utama kumpulan Heavy Metal era 90-an iaitu Bruce Dickinson.

Bruce adalah juruterbang berlesen dan ketika menjadi juruterbang beliau juga masih lagi bergiat aktif dalam arena muzik, penulisan dan pelbagai rancangan televisyen.

Dalam operasi pemindahan rakyat 200 rakyat Britain itu, Bruce dilaporkan membawa pesawat Boeing 757 dari Lubnan dan mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London.

Adakah Bruce Dickinson Yahudi?

Beliau adalah seorang Kristian Katholik dan anak kepada mekanik tentera. Kehidupan Bruce ketika kecil hingga dewasa amat teratur dan pernah memasuki kem tentera dan universiti.
Bruce tidak menubuhkan Iron Maiden tetapi beliau diterima masuk setelah menjalani audition pemilihan vokalis selepas vokalis utama kumpulan itu dipecat.
Stratton Dihalau Dari Iron Maiden

(Atas) Steve Harris (Bawah) Dennis Stratton

Kumpulan Iron Maiden amat dikenali sebagai cristian metal band dan dianggotai golongan racis kristian. Ketua kumpulan Iron Maiden iaitu Steve Harris adalah contoh terbaik golongan racis.

Semasa mahu menerbitkan album kedua iaitu Killers (1981), Harris telah mengenalpasti bahawa Stratton sebenarnya beragama Judais yakni seorang Yahudi.

Harris berkata; “”…and so, that is why Christianity advocates love, and…what? A what? A f***ing jew in our band!? GET OUT, JEW!”

Tanpa berfikir panjang Harris terus memecat Stratton atas alasan dia bencikan Yahudi dalam kumpulan Iron Maiden.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Iron Maiden?

Tiada apa yang boleh dibanggakan, walaupun kumpulan ini terkenal sebagai anti-Yahudi tetapi pengaruh yang dibawa tetap tidak memberi kebaikan kepada golongan muda khususnya remaja Islam.

Namun sejak Bruce Dickinson menerbangkan rakyat Britain semasa Perang Hizbullah - Israel 2006 dulu, banyak majalah-majalah hiburan Yahudi memberikan pujian. Tambahan pula selepas itu Bruce juga terlibat dalam penghantaran pasukan bola sepak Ranger FC ke Tel Aviv untuk suatu perlawanan UEAFA Cup.

Ini sesuatu yang merunsingkan tentang siapa sebenarnya Bruce Dickinson? Adakah Steve Harris tidak perasan akan perkembangan aktiviti Bruce?

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai



oleh Ibnuyaacob

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.
Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

Keyahudian David Beckham

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

Gaya rambut lelaki Yahudi ini kini ikutan belia seluruh dunia.

Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

Keyahudian Slash

Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.

Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.

Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.

Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.

Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella.

Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun.

Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.