Friday, December 25, 2009

KENAPA MELAYU SUDAH JADI KAUM MAJORITI????

copy paste: abe mie

KENAPA MELAYU SUDAH JADI KAUM MAJORITI ???

Satu ungkapan yang tidak masuk akal dan tak logik (jika diperkatakan pada tahun 1990-an) tetapi sekarang itulah kenyataan.

Memang sudah menjadi realiti dan tiada siapa yang boleh menyangkalnya. Pertubuhan Guaman Malaysia telah membangkitkan isu 'KETUANAN MELAYU' yang pada mulanya seperti mahu dan ingin menyimbah minyak di kala api orang melayu ketika ini panas.

Apa tidaknya, masalah di Perak di mana orang Melayu tidak diberi tanah walaupun sudah mendiami tanah berkenaan sehingga bercucu-cicit tetapi di beri kepada kaum Cina senang-senang pula. Itulah cara MELAYU BODOH (MB)-MB Perak.

Banyak lagi pasal Melayu tak puas hati di negara sendiri. Kata Pertubuhan berkenaan, Melayu sepatut dan seharusnya mendomonasi dan tidak menjadi 'kuli' atau 'pekerja' kepada bangsa asing. Kenapa boleh jadi tunggang-langgang kini? melayu sebagai peminta sedekah kepada bangsa asing? Gila dibuatnya.

Itu belum ambil kira dalam situasi sekarang di mana harga minyak naik, harga barang makanan meningkat, harga susu bayi hendak tumpang sekaki dengan kenaikan harga minyak, gula, minyak, tepung, teh, kopi, susu,...semuanya naik. Berbalik kepada ketuanan melayu. Ada 'bangsat' (tak layak digelar bangsa) Melayu yang sanggup memperbodohkan, mengejek, menjelek, mengencing, memberak dan menjuburi bangsa sendiri.

Mereka tidak segan untuk memperendahkan apa yang selama ini dipersetujui dan diperjuangkan lebih 50 tahun oleh datuk nenek kita.....iaitu 'ketuanan melayu'-iaitu orang melayu memberi keistimewaan kepada Cina dan India (dan kini merangkumi Indo, bangla, pakistan, myanmar dan Filipina) supaya hidup bersama-sama dan berkongsi dengan orang Melayu. Mereka akan memperolehi kerakyatan dan bebes dalam bidang ekonomi. Mereka tidak dibezakan walaupun seinci dari apa yang orang Melayu perolehi di bumi Malaysia.

Di Indonesia, sehingga kini cina tidak pernah menjadikan bangsa melayu-indo sebagai bangsa yang boleh dibuntuti atau ditendang. Myanmar juga sama. Mereka membenarkan bangsa asing berniaga dan tinggal di negara mereka. Apabila sudah lama tinggal mereka tidak dibenarkan memiliki tanah, menguasai sistam ekonomi jauh sekali politik Myanmar. Pusing semula pasal negara jiran terdekat.

Kita tidak pernah dengar pasal 'ketuanan Indo' tercabar??? Kenapa? walaupun 90 peratus Cina menguasai ekonomi Indonesia, tiada kedengaran pasal ketuanan rakyat walaupun negara mereka adalah REPUBLIK di mana Presiden menjadi tonggak ketuanan dan keutuhan bangsa bukannya Raja, Agung atau Sultan? Sebabnya, ada agen-agen bayangan yahudi dan 'penjilat buntut' dari kalangan orang Melayu yang tidak mahu melihat Melayu menjadi tuan dan dihormati oleh orang Cina dan India.

Yahudi ini mahu orang melayu sebaris dengan bangsa PATI- indo, vietnam, kambodia atau myammar. Puncanya untuk meraih undi sahaja. Apabila ketuanan rakyat akan menjadi realiti nanti dan 'dia' akan memasang angan-angan mat jenin- nak jadi PM.

Tetapi tali barut dan barua yahudi ini tidak faham. Bangsa Yahudi sejati tidak pernah menghina, menjatuhkan maruah dan mengutuk apatah lagi memperkecilkan bangsa yahudi, zionis atau majoriti keturunan nabi musa. Yahudi begitu teruja dilahirkan sebagai 'KETUANAN NABI' yang merupakan bangsa yang mulia dan teragung berbanding dengan bangsa lain di dunia walaupun mereka menzalimi Palestin. Amerika sendiri mengakui Yahudi sebagai pendokong kepada negara mereka walaupun mereka adalah bangsa minoriti. Kembali kepada bangsa Melayu. Kenapa Melayu perlu meminta dan menadah tangan supaya diberikan subsidi, dibantu, diberi keistimewaan dan sebagainya walhal ini adalah negara MELAYU? Adakah Melayu sudah menjadi bangsa Palestin? Dihalau dari negeri sendiri. Dihina dan dizalimi oleh bangsa pendatang!!!

Kita kini melihat bagaimana pasca kejatuhan BN yang diterajui UMNO sebagai parti melayu dan islam (sederhana).

Kurang ajar, gila kuasa dan 'sedikit candu gila babi' yang ada pada bangsa bukan melayu menyebabkan Melayu layak digelar bangsa pengikut, bangsa penakut, bangsa boleh dipermainkan, bangsa pecah-belah dan bangsa boleh dipijak.

Kalau dulu adalah mustahil mengatakan bahawa Melayu akan menjadi pemimpin dan mendominasi politik, kini melayu menagih kuasa dari bangsa bukan Melayu.

Lihat sahaja di Perak dan Selangor. MB dari kalangan Islam PAS. Apa mereka mampu lakukan untuk orang Melayu? Kalau untuk orang Cina mereka cepat membantu dan untuk India mereka terus memberi kebenaran tanpa melihat kesan kepada sesuatu kaum lain. Orang Melayu hanya menatap dan menagih bantuan dari UMNO yang kini menghidapi penyakit kurap, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan serangan angin akhmar. India memperjuangkan nasib kaumnya. Parti politik India- MIC, PPP, Gerakan, IPF, Hindraf, DAP, PAS dan PKR. Mereka sedikit tetapi menuntut sedikit-sedikit dari kaum majoriti dan pemimpinnya adalah orang Melayu. Pembodek sifatnya menjadikan India mendapat suasa dan kelebihan berbanding daripada orang Melayu.

Di samping itu, India kini memperkembangkan 'dakwah' hindunya dengan mendirikan kuil dan rumah ibadah walaupun penduduk sekitar 30-40 orang sahaja. Kuilnya bukan untuk dilihat oleh penganut Hindu tetapi ia seolah-olah perlu dijadikan 'iklan' dan kekaguman mereka seolah-olah Hindu telah mengalami zaman kebangkitan di Malaysia. Mana perginya PAS? Berapa orang kelab penyokong PAS peluk Islam? Mana dakwah selama ini dikejar dan diwar-warkan? Mana-mana-mana-mana... Mana Umar Abdul Aziz? Lim Guang Eng lah orangnya... kenapa Khalifah islam ke-5 ini menentang HUDUD PAS? Kenapa tidak diiktiharkan 'perang jihad' menentang kafir yang menolak hukum Islam? Kenapa tidak direjam dan dihumban ke lubang najis babi Guang Eng kerana menentang hudud?

Sampai bila PAS boleh bermain wayang kulit dan mak yung apabila DAP dan PKR menolah Islam PAS. Setakat drama Haji Hadi berpeluk dan bercium kecil dengan Lim Kit Siang satu ketika dahulu bukan bermakna DAP telah memberi lampu hijau kepada PAS tentang negara Islam. Mampu atau tidak Islam dilaksanakan di Perak? jauh api dari panggang dan ibarat pungguk rindukan bulan. Cis, macam Karam Singh Walia pula. Di KEdah, mana Islam? Mana hudud? MB yang tua tidak mampu membawa apa-apa pembangunan, peluang pekerjaan ataupun mengajak pelabur asing menghidangkan sajian menu kerja di Kedah. Kenapa? BN salah lagi ke? Apa yang salah? Kalau hendak menebang hutan, bukan main cepat hendak kaut untung balak untuk 'bantu' kedah. Di Kelantan, ketuanan Melayu memang hebat. Orang Melayu di Kelantan dimomok dan dikambing oleh PAS. Mereka berjaya menyemai slogan- menentang kata-kata PAS bererti menetang 'ularMAK'. Menentang ulama bererti menentang Allah. Tidak melantik Nik Aziz sebagai MB bererti menjatuhkan Islam dan menentang khalifah Allah.

Bila bercakap tentang kebebasan dan demokrasi, PAS kata BN tak demokrasi. Tetapi apabila berlawan dalam politik, Allah dijadikan PAK PANDIR PAS. PAS membawa slogan- Islam, tapi tidak kepada ketuanan melayu (takut digelar sama dengan UMNO pula). Siapa yang akan memeluk Islam dan menegak Islam di Malaysia kalau tidak bangsadan orang Melayu? Takkan hendak harap keturunan dan keluarga Lim Guan Eng? Bila Karpal Singh kata-langkah mayat saya dahulu kalau hendak menegakkan negara Islam, PAS tak berkata apa-apa dan kelu dibuatnya. Lidahnya pendek menjadi seinci, mulut terkunci, badan terkulai layu dan telinga setebal kapal selam. Cis macam sasterawan pula. Ketuanan Melayu tidak akan berakhir di sini. Biarpun Melayu membenci Melayu kerana selisih faham politik, kita jangan ke tahap mengiakan babi sebagai makanan pula walaupun kita tidak memakannya.

Walaupun UMNO buruk dan jahat, kena ingat, semua orang dan pemimpin teragung PAS dan KEADILAN... pergilah lihat kemajuan di Kelantan. Adakah orang Selangor, Kedah dan Perak boleh membeli tanah di Kelantan walaupun beragama Islam? Adakah itu keadilan mengikut Islam?