Friday, March 12, 2010

Cap Ayam

Kepincangan sesuatu institusi 'kekeluargaan' samada tempat kerja,masyarakat,persahabatan atau apa saja adalah berpunca dari TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.Ianya seperti hangat-hangat tahi ayam tetapi tahi ayam walaupun diumpamakan dalam perumpamaan itu tetap ada nilai atau fungsinya.
Tahi ayam lebih terjurus kepada sesuatu yang tidak disukai...Sebaliknya tahi ayam lebih berguna untuk kita menerusi fungsinya sebagai baja untuk sayur-sayuran yg dimakan oleh kita.
Apa yang tidak kena dengan tahi ayam..sedangkan ayam (sumber asal tahi ayam) boleh mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pedagang berasaskan ayam.
Seperti juga sikap tidak bertanggungjawab yang hangat-hangat tahi ayam...kekadang 'mereka' ini amat berguna untuk sesiapa yang bijak memanipulasi keadaan...apatah lagi untuk kita menekan sesuatu pihak yang sememangnya "Cap Ayam".
Bahaya dalam keluarga ayam adalah kerana ianya mempunyai beberapa baka yang dibiakkan....ada yang dikhaskan untuk bersabung,diperaga,dimakan serta sekadar umpan untuk menangkap sang musang berjanggut..
Ayam betina lebih riuh jika nak bertelur manakala ayam jantan lebih 'kepak' semasa berkokok tetapi hasil semua itu hanyalah sekadar 'hangat2 tahi ayam'...pendekatan yang mudah diambil adalah BeRtAnGgUnGjAwAb..samada kita mahu menjadi ayam @ maya!