Friday, March 12, 2010

Cap Ayam

Kepincangan sesuatu institusi 'kekeluargaan' samada tempat kerja,masyarakat,persahabatan atau apa saja adalah berpunca dari TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.Ianya seperti hangat-hangat tahi ayam tetapi tahi ayam walaupun diumpamakan dalam perumpamaan itu tetap ada nilai atau fungsinya.
Tahi ayam lebih terjurus kepada sesuatu yang tidak disukai...Sebaliknya tahi ayam lebih berguna untuk kita menerusi fungsinya sebagai baja untuk sayur-sayuran yg dimakan oleh kita.
Apa yang tidak kena dengan tahi ayam..sedangkan ayam (sumber asal tahi ayam) boleh mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pedagang berasaskan ayam.
Seperti juga sikap tidak bertanggungjawab yang hangat-hangat tahi ayam...kekadang 'mereka' ini amat berguna untuk sesiapa yang bijak memanipulasi keadaan...apatah lagi untuk kita menekan sesuatu pihak yang sememangnya "Cap Ayam".
Bahaya dalam keluarga ayam adalah kerana ianya mempunyai beberapa baka yang dibiakkan....ada yang dikhaskan untuk bersabung,diperaga,dimakan serta sekadar umpan untuk menangkap sang musang berjanggut..
Ayam betina lebih riuh jika nak bertelur manakala ayam jantan lebih 'kepak' semasa berkokok tetapi hasil semua itu hanyalah sekadar 'hangat2 tahi ayam'...pendekatan yang mudah diambil adalah BeRtAnGgUnGjAwAb..samada kita mahu menjadi ayam @ maya!

Saturday, January 9, 2010

Yahudi & Punk

Pengasas muzik PUNK adalah YAHUDI,itulah hakikatnya.Muzik yang digilai ramai sejak 1990-an ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Amerika,cumanya pengaruh PUNK lambat sampai kerana himpitan dengan genre-genre muzik lain seperti heavy metal,rock dan ballard.
ZAMAN KEGEMILANGAN PUNK
Muzik PUNK adalah sejenis muzik yang bersahaja yang unik tetapi ada simfoninya ditambah dengan bunyi-bunyian yang agak bercelaru.Peralatan muzik seperti genre lain-lain,cuma berbeza pemakaian oleh pemuzik.
Diperkenalkan sejak 1976 di Amerika,Britain dan Australia.Ketika itu kebanyakan pemuzik jenis punk melakukan sendiri pembikinan album mereka bermula dari penciptaan lagu,rakaman,hinggalah kepada percetakan album.
Antara kumpulan yang dikatakan pengasa punk ialah RAMONES.Kumpulan yang berasal dari Amerika ini diasakan oleh pemain drumnya iaitu TOMMY RAMONES.Kejayaan kumpulan Ramones lebih menonjol pada eranya walau diasak hebat oleh SEX PISTOL dan THE CLASH.

Tommy Ramones (kanan sekali) dan ahli-ahli kumpulannya.
KEYAHUDIAN PUNK
Tommy Ramones adalah keturunan yahudi yang berhijrah dari Budapest,Hungary.Tommy kini aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti yahudi seperti YIVO Institute for Jewis Research di Manhattan.
Selain Tommy Ramones,antara pelopor PUNK era 1970-an yang lain ialah Lanny Kaye yang dahulunya gitaris kepada kumpulan Patti Smith Group.
Kini lagenda-lagenda punk era 70-an bukan lagi bermain muzik seperti lagenda-lagenda Malaysia,mereka bersatu dibawah YIVO Institute dan berbincang tentang hal ehwal politik dan halatuju muzik PUNK mereka.
Menurut akhbar Israel,Haaretz pada 21 Julai 2009,satu forum yang dianjur oleh YIVO telah membincangkan akan isu-isu berkaitan PUNK.Antara perbincangan yang hangat ialah berapa banyak pengaruh budaya yahudi di dalam muzik punk.

Forum itu dipengerusikan sendiri oleh Lenny Kaye,manakala ahli-ahli panelnya ialah bekas-bekas pemuzik PUNK era 1970 an seperti Tommy Ramones,Chris Stein dan Manitoba.
Selain persoalan masa depan ,forum itu juga membincangkan berkenaan artikel STEEVEN LEE BEEBER yang bertajuk "The Heebie -Jeebies at CBGB's : A Secret History of Jewish Punk".