Tuesday, March 24, 2009

Artikel Raphael Nonsenso Vol 1

PENGENALAN?

Pernah tak korang dengar pasal Freemasonry. Mungkin pernah kan?

Mungkin apa korang dengar berbeza-beza. Ada yang cakap bahawa diorang ni adalah kelab sosial atau kelab kebajikan, ada yang cakap mereka adalah antara perintis penemuan dan kajian saintifik dan ada yang pernah dengar yang mereka adalah tangan-tangan nakal yang mempengaruhi perjalalanan sejarah kita hari ini.

Mungkin ada yang diantara korang yang pernah nak mengkaji tentang Freemasonry ni daripada buku-buku yang terdapat di pasaran. Ada yang menemui sesuatu baru, ada yang tersasar malah ada juga hilang punca.

Bagi aku (RN) dulu, benda-benda ini adalah sekarang pembunuh curiousity, maklumat tentang diorang bagaikan satu jigsaw puzzle, ada lompongan di sini sana menyebabkan aku tak berupaya untuk melihat gambaran lengkap.

Seperti kebanyakan orang, aku akan mula give-up dan malas nak ambik pot. Apa yang aku tak tau, maklumat yang aku perolehi tu adalah sikit sangat, dan bak kata mat saleh, baru scratch the surface, dan aku jugak tak sedar bahawa, betapa penting dan bergunanya maklumat tentang mereka ni. Penting Sangat.

Setelah sekelian lama, barulah aku boleh patch it together, mencantumkan maklumat tersebut untuk menjadi satu gambaran yang agak jelas. Dan gambaran yang aku dapat tidaklah indah, malah menakutkan.

Aku didedahkan dengan sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh fikiran normal, apatah lagi ianya seperti sains fiksyen. Maka, jika tergerak hati aku untuk berkongsi dengan orang lain, ianya bakal disambut dengan…

kalaupun tidak dengan ketawa yang terbahak-bahak, mungkin dengan senyuman sinis.

Namun, manusia itu ada tanggungjawab, dan tanggungjawablah yang biasanya membawa perubahan pada dunia. Sepertimana aku bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, sebegitu juga korang bertanggungjawab untuk mengetahui serba sedikit mengenainya. Kalau korang yang jenis ambik tahu hal dunia sekeliling, mungkin tak rugi kalau kau membawa minda korang ke sini untuk menilai serba sedikit apa pertubuhan ini lakukan pada dunia, dan mungkin jugak apa yang korang tau atau maklumat baru yang boleh dikongsi bersama dalam warkah ini.

Tapi kalau korang jenis tak ambik pot tentang dunia korang, dengan pemikirin seperti,

“lantantaklah apa nak jadi, janji aku boleh tengok Akademi Fantasia”,

arakian kiranya, maka terserah kepada anda untuk terus bersama kami atau berangsur ke bilik dan pegi layan Playstation.

Maka…pil manakah yang anda pilih, adakah pil biru untuk kekal menjadi diri sendiri, atau pil hijau, untuk menyelam sejenak ke lautan dan kembali ke permukaan dengan pandangan yang baru.


Revolusi Perancis, Perang Dunia, PBB, Bank Dunia, 9/11, Orde Baru Dunia, Agama Samawi, Mesir Purba, Ksatria Templar, Perang Salib, USA, Statue Of Liberty, Nazi, Madonna, Kawalan Minda (’MK’ Mind Kontrol) , UFO(?), Pengembaraan Masa, Keluarga Beraja Britain, Mistikal, Okult, Sihir dan Sains,Cakerawala, matahari bintang dan planet, Equinox, Hollywood, Dajjal.


Apa kaitan antara semua ni? Ada kaitan ke? Mari kita sama sama huraikan. Minah hijau kepala berapi, itu dia statue of liberty.


Sekali lagi, siapakah Freemason?

Sebelum aku jawab soalan ni, aku kena bagitau yang aku pun sebenarnya masih di dalam pencarian puzzle-puzzle yang memberi gambaran sejelas-jelasnya.

Namun aku cuma boleh beritahu apa yang aku temui dan dengan izin tuhan, apa yang aku huraikan sekurang-kurangnya akan membuka jalan untuk kamu semua untuk mengatahui rahsia yang lebih mendalam.

Siapakah Freemason ni?

Sebelum aku jawab, aku nak bagitau, apabila kau sebut Freemason, ia cumalah salah satu cabang dari dari dahan dan pokok yang amat besar. Maka marilah kita menyingkap nama-nama lain selain Freemasonry, yang memudahkan kita untuk melihat yang bahawa mereka adalah satu rangkaian yang besar dengan pelbagai fungsi.

Untuk menyuluh tataresam pertubuhan ini dalam sejarah peradaban manusia, kita juga patut diperkenalkan dengan nama-nama lain antaranya seperti

Rosicrucians, Bohemian Club, Skull and Bones, Priori of Scion, The Knights Hospitallers, dan juga Perkenalkan, Illuminati.

Nah, beberapa lagi nama yang mungkin pernah anda dengar namun tak berupaya mencari hubung kait diantara keduanya. Pun begitu, untuk memahami siapakah mereka ni, ia perlukan pengenalan yang berperingkat, kerana untuk memberitahunya dalam one shot-sekaligus, ianya adalah satu dosage yang amat memudaratkan bagi akal yang mencari jawapan, malah akan mematikan curiosity menyebabkan usaha untuk menyebarkan ilmu akan terbantut lantas warkah ini akan menjadi salah satu hidangan lazat di dunia sinis.

Maka marilah ber ABC sebelum menulis sajak. Kerana sajak adalah satu wadah di mana ia diberi lesen untuk melanggar undang-undang tatabahasa. Namun jika kita tak tahu apa-apa tentang undang-undang tersebut, kita takkan tahu apa yang kita langgar dan kita juga tak tahu apa yang bakal kita tempuh.


SELAMAT MENYELAM. DI MANA HARUS aku ’start’ cerita ni.


Bersambung......

No comments:

Post a Comment