Thursday, March 26, 2009

Artikel Raphael Nonsenso Vol 6

Sinambungan..
Persamaan? Perbezaan? Kenapa Jadi Camtu?
Jika diimbas, Islam lebih rapat persamaannya dengan agama yahudi berbanding agama Kristian. Seperti wujudnya halal dan haram dan pengkhususannya dalam makanan, Yahudi mempunyai konsep kosher dan kosher food.
Kedua-dua agama bersetuju tentang pembalasan Qisas, (mata untuk mata, dan gigi untuk gigi) tetapi di dalam agama Kristian ‘Jika ada orang menampar pipi kananmu, hulurkan pipi kirimu’ (pacifisme yang tidak terakur di dalam dunia agresif barat).
Tambahan lagi, kedua agama juga percayakan persunatan (circumsition) manakala Kristian menganggap yang persunatan ini hanyalah persunatan di hati dan juga pengharaman-pengharaman lainnya juga dianggap begitu.
Kebanyakan perpisahan hukum dan undang-undang Kristian ini berbanding agama Yahudi adalah dipelopori oleh Saint Paul (atau nama Yahudinya Saul) yang mendakwa dalam perjalanan ke Damascus, dia menjadi buta dan satu suara telah menegurnya iaitu suara Jesus dan suara itu memerintahkannya supaya menjadi nabi kepada Ketuhanan Jesus.
Dan ajaran Paul telah menjadi teras penting kepada Kristianiti moden dan tulisannya juga berada dengan selesanya di dalam kitab Perjanjian Baru (New Testament) bersama Mark, Luke, Mathew dan John.
Bercakap tentang Injil (perjanjian baru: Nama sebenarnya Evengel dalam Latin, susah pulak nak terang tentang evolusinya, kita terimalah nama Injil nih), adalah sesuatu yang menarik bahawa tiadanya manuskrip atau sumber Injil di dalam bahasa asalnya iaitu Aramaic (bahasa yahudi yang dipertuturkan pada era Jesus).
Keseluruhan Injil yang teredar di dunia sekarang bersumberkan bahasa Greek (Yunani) dan Latin.
Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang tempoh itu, dengan sumber perdananya di dalam bahasa lain, akan ada percanggahan maksud di dalam proses peralihan bahasa. (lost in translation).
Bukan itu sahaja, Lihat Injil baru contohnya seperti versi King James, ianya telah mengalami pengolahan berkali-kali hinggakan setelah beberapa revisi, maksud di dalam Bahasa Inggeris pun telah bercanggah dengan maksudnya di versi terdahulu.
Dunia Kristian telah menolak kesahan kitab Barnabas yand ditemui dan umum mengetahui tentang Skrol Laut Mati.
Umum juga perlu tahu yang telah ditemui satu manuskrip lama di Mesir di mana ia dijumpai oleh seorang petani pada tahun 40an. Petani itu telah menjumpai sebuah tembikar yang di dalamnya terkandung helaian papirus yang berisi scripture Kristian lama tertanam di sebuah padang hampir dengan kediamannya.
Kitab itu dipanggil kitab Nag Hammadi, bersempena dengan tempat penemuan kitab tersebut. Juga terdapat sebuah muzium dengan nama yang sama menempatkan manuskrip asal. Yang menyedihkan adalah ketika penemuan Manuskrip itu, petani naive tersebut yang tidak menyedari nilai penemuannya, dia telah menggunakan sebahagian helaian manuskrip tersebut sebagai umpan api.
Sebahagiannya pula diseludup keluar dari Mesir dan dibeli kembali dari pasaran gelap. Akhirnya yang terdapat di muzium sekarang hanyalah sebahagian sisa-sisa dari jumlah asalnya manuskrip tersebut.
Kajian yang mendalam telah dilakukan terhadap ketulinannya dan didapati tanpa ragu-ragu ia adalah manuskrip Injil yang sebenar.
Ia adalah salinan kepada salinan asal yang jauh lebih tua darinya, iaitu tidak lebih dari tahun 150 A.D.
Ia mengandungi antaranya Gospel atau Injil Thomas, Injil Kebenaran, Injil Mary, dan seseparuh dari Injil ini telah disebut kewujudannya oleh bapa-bapa injil yang paling awal.
Injil-injil ini adalah dokumen terawal Kristian di mana ia ditulis untuk penduduk mesir lantas menyelamatkannya dari tapisan Rom.
Pada waktu itu, ia adalah satu tradisi di mana kitab ditanam di sebuah tempat rahsia dan kandungannya dihafal.
Setelah beberapa waktu yang disetujui, kitab tersebut akan digali dan dinilai adakah perubahan antara penghafalan isi kitab degan sumber asalnya.
Ini boleh dibanding dengan pengekalan isi Al Quran pada awalnya tidak dibuat dalam bentuk tulisan tetapi dalam bentuk hafalan. Walaupun ayat-ayat itu dicatit di kulit kayu dan kulit binatang, namun ia tidak pernah dikumpul dalam bentuk buku atau kitab walaupun dalam seawal ayat kedua al Baqarah, perkataan kitab telah disebut.
Namun pengumpulan kitab hanya dibuat setelah kewafatan Nabi Muhammad dan hanya diseragamkan sepenuhnya ketika kalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman.
Walaupun kehilangan sebahagian besar jumlahnya, namun baki dari kitab tadi masih lagi bermaklumat dan mengandungi kontreversi yang terhebat di mana terdapat cebisan yang tidak lengkap yang mencadangkan bahawa Jesus telah mencium Mary Magdalene di bibir yang membawa maksud yang mereka itu telah berkahwin (kesahan sumber tidak diyakini sepenuhnya).
Namun yang paling penting adalah dibahagian di mana peristiwa pengsaliban diceritakan.
Ada satu bahagian di mana jika di terjemahkan Jesus berkata,
Aku tidak terjerumus pada rancangan yang mereka rancangkan….dan aku tidak mati secara kenyataannya sebaliknya pada penglihatan (sahaja). Kerana kematianku yang mereka fikir berlaku kepada mereka adalah dalam kesalahan dan kebutaan mereka, kerana mereka telah pakukan orang mereka hingga mati…ia adalah orang lain, bapa mereka, yang meminum air kulatan dan cuka, bukannya aku. Mereka memukul aku dengan alat siksaan (atau tumbuhan tepi air seperti lalang), Ia adalah yang lain, si Simon, yang membawa salib di bahunya. Ia adalah yang lain yang ke atasnya (kepalanya) di letak mahkota berduri…dan aku ketawa terhadap kejahilan mereka"
(Jesus tidak mati sebaliknya konsisten dengan riwayat al Quran. Terjemahan sendiri dan sumber adalah sahih)
Satu perbezaan ketara juga adalah kitab itu ditulis mencatatkan pertuturan orang pertama (Jesus sendiri), bukan diceritakan pihak ketiga seperti Luke, Mark, Mathew dan John (kitab terakhir diterima gereja diantara empat kitab tersebut).
Bukan itu sahaja, kitab-kitab tersebut juga mempunyai percanggahan di dalam konsistensi penceritaan. Terdapat pendapat-pendapat menarik yang lain mengenai cerita seputar, namun untuk menceritakannya akan memakan mukasurat yang banyak dan akan menyimpang dari tajuk asal tulisan ini.
Adapun kaitannya Kristianiti dengan tajuk asal perbincangan agak rapat kaitannya. Jika korang meneruskan bacaan, korang akan bersetuju akan betapa rapatnya kaitannya. Tapi aku tak nak ia dibincangkan sekali gus di sini. Apa yang aku boleh cakap, semakin korang baca, semakin korang mengerti kaintannya.

Antara variasi bentuk Maltese Cross yang peliknya digunakan juga oleh pengamal olkultis dan satanis- penyembah setan lah tu maksudnya.

Namun kalau nak bincangkan, biarlah kita tengok kaitannya secara perlahan-lahan.
Pertama, yang mungkin boleh dikaitkan ialah penggunaan simbol salib itu sendiri. Walaupun umum mengetahui bahawa simbol tersebut merujuk kepada penyaliban Jesus, namun simbol salib telah digunakan lebih awal dari Kristianiti itu sendiri.
Contohnya adalah Maltese Cross, yang banyak terdapat di lambang-lambang (shield) kerajaan dan di tengkuk askar-askar Jerman pada perang dunia kedua. Ianya digunakan lebih awal oleh golongan pagan contohnya sebagai simbol penting Celtic dan yang menariknya, ia digunakan oleh pengamal okultis, sihir dan penyembah syaitan.
Malahan Constantine pernah memakai huruf roman X yang bermaksud Kristus, dan mungkin dari situ penggunaanya dimeluaskan.
Dan yang nyatanya, lambang Maltese Cross merah dipakai di dada putih askar-askar Ksatria Templars (Yang sekarang dalam versi baru, bendera palang merah putih, digelar bendera St. George, bendera England. Adakah itu diambik dari tu atau tidak, aku tak tau)
Yang nyatanya telah dibuktikan tadi yang golongan Templars adalah penyembah Baphomet, penyembah syaitan!
Bercakap tentang lambang salib, ianya mungkin satu kebetulan dan satu persamaan lambang dan tidak ada kena mengena langsung.
Tetapi jika difikirkan balik, Jurusalam ketika itu di bawah Pilate dan di bawah jajahan Rom. Dan kelihatan beberapa persamaan antara Kristianiti dengan kepercayaan pagan Rom ketika itu dan antara yang paling menonjol ialah konsep anak tuhan.
Adakah ia satu asimilasi kepercayaan atau tidak, ia takkan dibincangkan di sini dan aku tak layak untuk memutuskannya, namun yang akan dihidangkan di sini adalah persamaannya, tidak lebih dari itu.
Kalau korang nak buat rumusan sendiri, tu korang punya pasal! Tapi sebaiknya kalau korang baca habis dari apa yang tetulis seterusnya, terutama bab KONSEP ANAK DAN IBU TUHAN DALAM SEJARAH yang terdapat dalam bab-bab seterusnya, korang boleh membuat rumusan dari perspektif yang lebih terang.
Nanti akan terjawab apahalnya aku masukkan Kristianiti di dalam aritikel ni, nak tau? Teruskan baceeeeeee……!

Tengok, golongn Knights Templar pon pakai Maltese Cross. Tengok rambut Princess Sophie dalam dalam Da Vinci Code, warna merah kan? Yang ni lak Madonna and Child ke (Mary and Jesus), atau Isis dengan anaknya Horusnya?
Bersambung..

1 comment: