Thursday, March 26, 2009

Artikel Raphael Nonsenso Vol 5

Sinambungan..
CATHOLICISM & KRISTIANITI
Maaf, tajuk ini ditulis bukanlah untuk menyinggung penganut Kristian tetapi ditulis mengikut apa yang tertulis di buku-buku dan internet oleh penulis-penulis yang kebanyakannya ‘bukan Islam’ dan juga termasuk Paderi Kristian Katolik yang memeluk Islam sendiri.
Maka korang tak perlu untuk mempercayainya dan aku sendiri tak semestinya mempercayainya, ini cuma mempersembahkan rumusan dari isi idea dari liteasi-literasi yang telah ditemui melalui pembacaan dan dari sumber-sumber yang lain.
Sebenarnya tidak ramai penganut Kristian di barat yang mengetahui bahawa Islam menganggap bahawa Nabi Isa (dikenali sebagai Jesus oleh penganut kristian atau Yahushua oleh penganut Yahudi) sebagai rasul penting di dalam tradisi agama Islam.
Ini diakui sendiri oleh seorang pastor protestant Amerika yang kini bernama Yusof Estes, tokoh yang kini gigih mengembangkan Islam di Amerika. (Malah dia pernah dijemput oleh pihak gereja untuk membuat ucapan lantas beberapa orang hadir kemudiannya memeluk Islam; termasuk anak pompuan Minister gereja itu sendiri.)
Ketika seorang rakan niaga Islam dari Mesir yang bernama Muhammad memberitahu Yusof (yang mempunyai perniagaan pembekalan alat muzik) tentang hal taraf Jesus dalam Islam, dia menyangka yang beliau berbohong.
Pada pandangannya, Muslim adalah hanya penganut yang menyembah batu / kotak besar Kaabah dan Islam adalah agama pagan yang tiada kaitan dengan agama samawi.
Maka boleh dirumuskan, sikap barat terhadap Islam, salah satu sebabnya adalah mereka begitu hostile atau mempunyai tanggapan yang agak buruk tentang Islam kerana kedaifan pengetahuan mereka tentang Islam.
Senang cerita, bagi barat tidak lebih hanyalah berimej seperti Osama atau Sheikh Arab, hasil kejuruteraan minda oleh media Amerika.
Ok, apa yang aku nak tegaskan kat sini, geng Illuminati telah menerobos ke seluruh sistem kepercayaan, atau agama dan bercakap tentang agama samawi, Islam juga tidak terkecuali.
Berat hati ini untuk berkata bahawa dikatakan ada kemungkinan, diulang, kemungkinan bahawa mazhab Wahabi dan Salafi adalah terdedah dengan korupsi Illuminati. Termasuk juga Ismaili dan Sabian yang agak obvious penyelewengannya. Kalau ko blajar sejarah tentang penglibatan British, Lawrence of Arabia contohnya, kau mungkin aku nampak lebih jelas.
Trinity, sejarah dan evolusi
Berbalik tentang Kristianiti. Ingin aku nyatakan, pemerhatian saya dan pergaulan aku dengan segelintir penganut Kristian dari Katolik atau Protestan, mereka adalah golongan yang baik dan seseparuh mereka sangat taat pada agama, dan mereka sangat terancang dalam banyak aktiviti terutamanya aktiviti dakwah.
Bercakap tentang Kristianiti, secara ringkasnya, formulasi trinity yang diguna pakai hampir semua cabang kristianiti itu, adalah agak baru dan dicapai ketika kemerosotan politik Rom timur atau Byzantum.
Perpecahan berlaku di mana-mana mengakibatkan Constantine, pemimpin Rom Timur ketika itu memutuskan untuk menyatupadukan kembali daerah naungannya, dan penyelesaiannya ialah dengan merumuskan satu cara bagaimana agama “Kristian’ yang berpecah belah ketika itu untuk diseragamkan.
Maka wadah penyeragamannya itu diputuskan dalam satu perjumpaan yang dikenali sebagai Council Of Nicaea.
Di perjumpaan itu, semua kepala-kepala agama berkumpul untuk menentukan taraf Jesus iaitu adakah dia manusia (nabi), tuhan, atau separuh tuhan (percampuran antara tuhan dan manusia dan menghasilkan anak- demi-god).-dengan cara pengundian
Ketika itu Constantine yang beragama Pagan, dikatakan dikelilingi beberapa ahli keluarga dekatnya yang beragama nasrani dari mazhab yang tidak menyokong ketuhanan Jesus.
Namun, pengundian telah dijalankan dan pada masa yang sama, tersebut juga di dalam beberapa sumber yang menyatakan adanya konspirasi dari beberapa pihak yang telah memilih untuk berada di kem yang tertentu.
Maka akhirnya, golongan yang menyokong ketuhanan Jesus (yang akhirnya menjadi Triniti) telah menyaksikan yang pengundiaan berpihak ke arah mereka.
Lantas Constantine pun ‘mendapat agama penyatuannya’, Maka diperintahkan seluruh gereja di bawah jajahannya untuk mengadaptasi Kristianiti versi ini dan, fahaman selain dari fahaman yang disetujui telah diharamkan dan kitab-kitab dari mazhab lain berlainan tersebut dimusnahkan.
Antara mazhab lain yang dinyatakan tadi adalah golongan pengikut Arius of Alexandria.
Mengikut sesetengah pendapat, Arius berfahaman bahawa Jesus itu tidak wujud dari awal dan diciptakan, lantas ia menyerupai makhluk.
Fahamannya digelar Kristianiti Arianisme. Akibat perintah tersebut Arius telah membuang dirinya keluar dari jajahan Rom.
Ada juga pendapat tentang kedapatan fahaman-fahaman yang lain yang menyerupai pandangan Islam iaitu Jesus hanyalah seorang nabi. Dan akhirnya satu bentuk agama yang seragam telah terbentuk dan penyebarannya telah dikuatkuasakan ke semua gereja jajahannya.
Diberitakan yang Constantine akhirnya berkecenderungan untuk bersetuju kepada versi yang lain namun semuanya telah terlambat. Apa yang menariknya, Constantine sendiri bukanlah seorang Kristian.
Malah ada yang mengatakan dia langsung tidak menganut agama itu. Constantine kekal sebagai penganut agama Pagan hinggalah dia dibaptis di ranjang sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Bayangkan sebuah agama yang dirumus oleh seorang yang bukan penganutnya!
Sepanjang perjalanan sejarah, terdapat beberapa cabang Kristian yang wujud secara tersembunyi namun pupus dimakan masa kerana jumlah pengikutnya dan kerahsiaannya menghalang ia untuk berkembang.
Jarang diketahui umum bahawa Crusade (perang salib) pertama oleh gereja Kristian bukanlah menentang Islam namun menghapuskan satu cabang Kristian di Languedoc, Perancis iaitu sebuah fahaman yang dikenali sebagai Catharisme yang dianggap sesat (juga mengakui kemanusian Jesus namun lebih menyerupai gnostic).
Selain itu, tiada cabang besar yang wujud hinggalah Calvinisme bermula di Jerman.
Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai mazhab Kristian yang wujud hari ini seperti fahaman Mormon dan Jehovah Witnesses dan pelbagai lagi.
Namun ada sebuah komuniti kecil Yahudi Kristian yang wujud sejak sekelian lama mengamalkan agama Yahudi pada masa sama mengakui kemanusiaan Jesus dan bukan ketuhanannya.
Agama itu dinamakan Ebionites dan teras agama tersebut adalah menerima kenabian Jesus, dengan kata lain, konsisten dengan ajaran dan kefahaman Islam iaitu menerima kenabian Jesus al-Masih.
Mengimbau kedua agama besar yang mempercayai Jesus ini adalah masalah kenabian dan Trinity, iaitu kesatuan tuhan bapa, Jesus dan Ruhul Kudus yang dikenali sebagai holy spirit.
Di dalam akidah Islam, Ruhul Kudus itu dirujuk kepada nama malaikat Jibril (Gabriel) seperti yang difirmankan di dalam al Quran. (Contohnya ayat di surah Al-Baqarah, 2: 87). Selain itu, yang menariknya, kedua-dua agama percaya terhadap tradisi agama ini diwarisi dari agama Judaism atau agama yahudi dan menyetujui kebenaran nabi-nabi terdahulu seperti Adam, Ibrahim, Nuh dan Daud (Adam,Abraham, Noah and David),dan juga nabi-nabi lainnya.

Persamaan? Perbezaan? Kenapa Jadi Camtu?
Bersambung..

No comments:

Post a Comment